Susulan kontroversi terpalit dirinya, pelakon Ruhainies dikecam teruk oleh netizen sehingga ada yang mahu memboikotnya.

Memetik mStar Online, Ruhainies bagaimanapun berkata dia tidak rasa dirinya diboikot malah kariernya berjalan seperti biasa dan masih menerima tawaran kerja.

BACA: Ruhainies Sebak Rai Hari Jadi Ke-32, Syukur Dapat Sambut Dengan Pelajar Tahfiz

“Tak rasa pun diri ini kena boikot. Kalau betul pun ada, itu diluar bidang kuasa saya. Percaya pada rezeki, kalau Allah dah tetapkan, tetap akan jadi milik saya. Jika tiada rezeki saya tahun ini, mungkin tahun depan ada lagi,” katanya.

Sementara itu, Ruhainies berkata dia kini mengambil tempoh berehat daripada tawaran berlakon dan mahu meluangkan masa melancong mengelilingi dunia.

“Banyak juga tawaran berlakon yang masih ‘on hold’ tetapi buat masa sekarang saya rasa mahu berehat dulu. Semua tahu ketika ini saya sedang berdepan ujian.

“Bagaimanapun, saya terlibat dalam mempromosikan pelancongan Malaysia. Jadi saya akan pergi ke banyak negara bagi tujuan itu. Sempena ulang tahun kali ini saya mahu melancoong ke lebih banyak negara.

“Rasanya pada usia begini saya dah tak fikir nak shopping apabila sambut ulang tahun. Lebih baik saya simpan duit untuk menggembara,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×