Baru Keluar Pintu Dah Rindu, Fazura Berat Hati Tinggal Anak Walaupun Sekejap
Bagi mereka yang baru menimang cahaya mata sulung, pasti berat hati untuk mereka meninggalkan anak walaupun sekejap. Itulah perkara yang dilalui oleh pelakon Nur Fazura.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazura berkata meskipun dia seorang wanita bekerjaya namun sejak bergelar ibu, berat untuk meninggalkan anaknya, Nur Fatima Aisya meskipun hanya untuk beberapa jam di rumah.
BACA: Dua Bulan Jaga Fatima, Fazura Hadiahkan Beg Berjenama Buat Pembantu
“Saya selalu ditanya sama ada rindu untuk berada di set, jawapannya sentiasa ya, kerana orang yang kenal saya, mereka tahu betapa saya suka bekerja dan menjadi seorang pelakon adalah minat nombor satu saya.
“Tetapi sekarang saya bergelar ibu, rasa berat nak tinggalkan anak berjam-jam sehari,” katanya.
Dalam pada itu, Fazura turut meminta nasihat dan pandangan daripada ibu-ibu di luar sana yang mempunyai pengalaman dan situasi yang sama seperti dirinya.
Diruangan komen, rata-rata netizen termasuk beberapa rakan artis memberikan pendapat mengenai perasaan takut dan risau untuk berpisah dengan anak yang baru sahaja bergelar ibu.
Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu.
Serabut hidung kembang ni
Baby girl is cute …. Very Malay face … Comei
@benci thought …kalau laki kau bangla ..anak hidung mancung la …
Laki dia Malay Malaysian .. feature wajah org Melayu Malaysia mcm ni …
Apa punya banggang la ..
X abis2 lagi ke asyik hidung- shaming ni..
Seriously… ai kenot brain la komen2 pathetic mcm ni..
Gemok dh fazura niii..brubah dh muke
Kau tu jantik sgt ke ..
dulu suami masuk jamban dah rindu.. biasa lah tu.. hehehe