Bapa kepada usahawan dan personaliti media sosial mendedahkan Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang mempunyai kelulusan dalam bidang profesional dari luar negara.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, bapanya berkata Opai pernah melanjutkan pengajian di luar negara serta mempunyai kepakaran untuk masuk dalam industri minyak dan gas.

BACA: Opai Mengaku ‘Multimillionaire’, Yakin Tak Akan Jumpa Wanita Lebih Kaya

@aliff_awang

Best Birthday Present Ever ? 11 January 2025. Spent my birthday working. Dalam mall. 99.999% of people would not be working on their birthday. But not me. I am different. My whole family spent the whole day with me at OM Fragrance booth. I hold back every drop of tear I could. My Ayah is my hero. He came from poverty. Broke the family curse, change not only his bloodline but his whole ancestrol history by being the first enrolled into university. He raised 4 kids alongside Ibu. Dari kejayaan ayah, yang dulu selalu terapkan pada anak anak betapa miskin hidupnya , ( penggembala kerbau , toreh getah sebelum pergi sekolah , takda duit beli buku ) ayah berjaya besarkan 1 Doktor Bersalin. 1 Pakar Ekonomi Jepun. 1 Auditor Petronas. Dan aku ? Ayah never wanted or even gave his blessings when I was involved in trading. But I cried when I told him I want to stop and venture in something new. Ayah said “you finally have my doa son” This video is so random. He took the mic, told my team to start recording ?? I have big shoes to fill as a father. And I push my sons and daughter day in and day outto always be the best in life, because I am the son of Awang. Thank you ayah. You even downloaded tiktok just to see OM Fragrance journey. Words cant describe how proud I am to put your name beside mine. Aliff Awang

? original sound – Opai Alpiaw – Opai Alpiaw

“Dia ada kepakaran iaitu lesen profesional yang membolehkan dia untuk masuk di dalam industri minyak dan gas. Aliff boleh dapat dari 300 ke 600 dolar sehari. Dia pernah pergi United Kingdom untuk belajar selama setahun untuk mendapatkan lesen itu.

“Selepas balik ke Malaysia dia kerja sekejap namun dia rasa bosan, dia kemudian ghaib dan merayau mencari diri dia sendiri,”kata bapa Aliff.

Dalam masa yang sama, bapa Opai berkata sebagai ibu bapa, mereka sentiasa menyokong anak lelakinya itu dalam apa bidang yang diceburi.

“Semasa mencari diri sendiri, dia tahu langit itu tinggi rendah tapi dia tak berkongsi dengan saya atau ibunya. Sehingga dia tahu apa yang dia nak dan dia pulang untuk memberitahu kami. Sebagai ibu bapa, kami sokong sedaya kami,” katanya.

Sementara itu, suami kepada Fatin Afeefa itu turut berkongsi tentang kisah bapanya yang pernah berdepan dengan cabaran hidup dalam membesarkan anak-anak.

“Ayah dan ibu membesarkan empat orang anak bersama. Ayah selalu terapkan pada anak-anak betapa miskin hidupnya dahulu (penggembala kerbau, toreh getah sebelum pergi sekolah dan tak ada duit untuk beli buku).

“Ayah berjaya besarkan seorang doktor bersalin, pakar ekonomi Jepun, auditor Petronas dan aku,” katanya.

×