Tersenarai antara 100 lelaki terkacak dunia oleh agensi media antarabangsa TC Candler, pelakon Meerqeen menyifatkan ianya satu pencapaian membanggakan buat dirinya.

Memetik mStar Online, Meerqeen berkata pengiktirafan tersebut juga merupakan satu petanda aras kejayaannya dalam bidang seni serta batu loncatan untuk lebih dikenali.

BACA: Ramai Wanita Tak Keruan Tengok Meerqeen & Nadhir Nasar Terlalu Hensem

“Syukur dengan pencapaian tersebut. Saya pun tak sangka segala usaha penat bekerja sepanjang tahun lalu ‘dibayar’ dengan satu pengiktirafan sebegini.

“Ia juga satu permulaan baik untuk saya terus maju dalam kerjaya sepanjang tahun 2023 ini.  Siapa tahu ia boleh menjadi batu loncatan untuk nama saya semakin dikenali dan dapat peluang bekerjaya di negara lain,” katanya.

Bagaimanapun, Meerqeen tidak mahu hanya sekadar ‘menjual’ rupa semata-mata sebaliknya mahu menonjolkan bakat sebenar dalam dunia seni.

“Kalau boleh saya tak mahu berada di dalam industri seni ini hanya ‘jual’ rupa sahaja. Biarlah bakat lakonan saya memberi kesan kepada penonton seperti mana yang pernah terjadi sebelum ini menerusi drama Melur Untuk Firdaus,” katanya.

×