Ini bukan kali pertama netizen mengkritik imej Fasha Sandha. Baru-baru ini, pelakon itu menerima kecaman netizen gara-gara mengenakan pakaian yang ketat ketika berhijab.

Menerusi Instagram, Fasha memuat naik rakaman video yang sedang menjalani sesi fotografi. Turut disertakan kapsyen, Fasha memberitahu dia berasa terharu apabila jurugambar berbangsa Cina berkali-kali memujinya cantik berhijab.


BACA: Gambar Pre Wedding Fasha Sandha, Aidil Aziz


Bagaimanapun, penampilan Fasha itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan pakaiannya itu terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.

Malah ada segelintir netizen meninggalkan komen nakal di ruangan entri tersebut. Kata netizen lagi, Fasha sememangnya cantik berhijab, tetapi lebih cantik jika memakai baju yang longgar sedikit.

Dalam pada itu, ramai yang suka melihat Fasha bertudung mendoakan agar dibukakan hati untuk memakai hijab.

Apa pun, walaupun teguran oleh peminat atau netizen agak kasar dan mengaibkan, namun apa yang dikatakan mereka itu mungkin sekadar peringatan dan tanda sayang terhadap artis kesayangan mereka.