“Baik Saya Usha Jodoh Baru, Bunga Bukan Sekuntum”

Pelawak dan pelakon Along Cham berkata dia tidak mengikuti perkembangan yang dikongsikan oleh isterinya, Afreena Suhaimi di media sosial.

Memetik Oh Bulan, Along berkata tiada masa dia mahu ‘stalk’ Afreena sebaliknya dia terima maklumat daripada orang sekeliling serta mahu memberi fokus pada perniagaan serta produk barunya yang bakal dikeluarkan kelak.

BACA: “Buat Ujian Air Kencing, Kalau Negatif, Saya Kencing Kat Muka Dia”

“Kalau saya tak tengok, ramai orang keliling yang akan menghubungi. Saya memang tiada telefon ketika di Sungai Buloh.

“Warden-warden yang jaga saya, mereka beritahu apa benda yang betul atau tak betul saya buat di luar. Perkara ni Alhamdulillah Allah hantar orang orang baik. Saya tiada kerja nak stalk dia. Sekarang saya sedang sibuk fokus pada bisnes,” katanya.

Sementara itu, Along berkata lebih baik dia mencari jodoh baru serta mengakui tidak sangka rumah tangga yang dibina jadi begini kerana baginya tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai.

“Daripada saya stalk dia, baik saya pergi usha jodoh baru. Bunga bukan sekuntum. Buat apa kau nak merintih pada orang yang dah rosakkan hati kau. Bila bina perkahwinan, mestilah nak kekal. tapi tak sangka jadi sampai macam ini,” katanya.

Semalam, Along mendakwa Afreena bersekedudukan di rumah yang dibeli oleh isterinya itu serta sudah merancang untuk berkahwin kembali dengan bekas suami keduanya itu.

Sumber: Oh Bulan

×