Bagi Makan Daging Wagyu, Ramai Nak Jadi Kucing Nabila Huda

Perkongsian pelakon Nabila Huda menjadi perhatian ramai apabila memuat naik momen bersama kucing kesayangannya bernama Yuki.

Menerusi hantaran di TikTok, Nabila berkata Yuki akan sentiasa menyambutnya di hadapan pintu masuk rumah setiap kali dia pulang dari kerja.

BACA: “Ibu Tiri? Jijik! Mungkin Saya Boleh Panggil Dia ‘Perempuan Itu” – Nabila Huda

@abilsuhaimi

Everytime abil pergi work je, balik je mesti dia akan excited tunggu kat pintu, or baru bangun tidur tapi still dia akan sambut mummy dia. Kalau keluar rumah je mesti akan cakap “mummy go hunting” Haha! Budak ni je makan raw meat kat rumah ni. Hari ni special sikit..So this is Yuki’s 1st Japanese Wagyu A5 ? #Fyp #MaineCoon

? original sound – Nabila Huda – Nabila Huda

“Setiap kali Abil pergi kerja je, mesti Yuki akan teruja tunggu di pintu. atau baru bangun tidur pun dia tetap akan sambut mummy dia ini,” tulisnya,

Sementara itu, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil berkata Yuki merupakan satu-satunya kucing peliharaannya yang makan daging mentah.

“Budak ni ja makan daging mentah dalam rumah ini. Hari ni istimewa sikit, ini adalah daging wagyu jenis A5 pertama yang Yuki makan,” katnaya.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bertuahnya Yuki dapat makan yang sedap-sedap, tidak kurang juga ada yang berseloroh mahu menjadi kucing Nabila Huda.

×