Perkongsian pempengaruh media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menjadi perhatian ramai apabila berdepan detik cema rumahnya dimasuki dua lelaki pada waktu malam.
Lebih mengejutkan, dua lelaki itu dibawa masuk sendiri oleh pembantu rumahnya dan kehadiran mereka dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di ruang tamu.
View this post on Instagram
Dr Say berkata dia terdetik untuk memeriksa rakaman CCTV selepas jiran memberitahu ada terlihat dua lelaki memasuki rumahnya, namun pada mulanya menganggap perkara itu mustahil kerana dia dan isteri berada di rumah.
“Maid saya dua orang bawa lelaki masuk rumah masa saya dengan bini ada kat atas pukul 9.25 malam. Saya dengan bini dalam rumah boleh bawa masuk dua lelaki kat dalam.
“Laki tu masih ada kat bawah. Jadi sekarang saya tengah fikir jap sama ada nak call polis atau macam mana sebab baby ada pada dia orang,” katanya.
Dalam perkongsian itu, Dr Say turut berkongsikan rakaman CCTV memaparkan salah seorang pembantu rumahnya telah mengalihkan kedudukan kemera berkenaan.
Malah video tersebut turut memaparkan tiga anggota polis datang ke rumahnya untuk membuat serbuan. Ketika serbuan, dua lelaki dilihat bersembunyi di sebalik selimut di dua katil bersama dua pembantu rumahnya.
Lebih membimbangkan, anak bongsu Dr Say diletakkan di kerusi buai di atas lantai antara kedua-dua katil dipercayai lelaki warga Bangladesh.