fbpx

“Azrel Ismail Memang Sayangkan Saya”

Kalau diikutkan ramai juga selebriti lelaki kacak dikaitkan dengan Ruhainies dan salah seorang daripadanya, Azrel Ismail. Kalau masih ingat masing-masing pernah memberikan kenyataan berbeza, sekejap bercinta sekejap tidak bercinta. Namun terbaru, Ruhainies mengakui Azrel memang menyanyanginya tetapi hanya sebagai kawan rapat saja.

BACA: Mesra Dengan Lelaki, Ruhainies Nafi Dirinya Playgirl

“Buat masa sekarang, jadual saya memang padat sampaikan nak makan dan tidur pun tak sempat. Kalau ada masa lapang pun, saya akan gunakan masa tersebut bersama dengan keluarga. Jadi, bercinta memang bukan fokus utama dalam diri saya buat masa ini.

“Dia pun memang pernah cakap yang sayangkan saya, tetapi hanya sebagai kawan. Begitu juga saya, dan kami tahu apa status hubungan kami,” jelasnya kepada portal Astro Gempak menafikan gosip yang mengatakan dirinya dan Azrel sedang hangat menjalinkan hubungan cinta.

Oleh kerana terlalu banyak gosip cinta dengan lelaki, ramai yang menggelarkan Ruhainies sebagai playgirl. Bagaimanapun Ruhainies enggan mengambil pusing mengenainya dan sekali lagi dengan tegas beliau menjelaskan bahawa dirinya masih solo dan tidak terikat dengan mana-mana lelaki.

Sebelum ini Ruhainies pernah dikaitkan dengan kontroversi hebat dengan suami penyanyi, Adira iaitu Datuk Red. Lama jugalah kontroversi itu diperkatakan hangat. Tidak lama selepas itu, timbul pula gosip cinta antara beliau dan pelakon, Azrel Ismail. Kemudian gosip terbaru pula, Ruhainies sekali lagi dikaitkan pula dengan pelakon baru, Asyraf Aley. (rtky/w)