“Ayden, Jadilah Lelaki Baik, Pintar & Menghormati Wanita”

Sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ayden Adrean yang ke-7, pelakon Bella Astillah menitipkan ucapan istimewa dan nasihat buat anaknya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella mendoakan anaknya itu menjadi anak yang baik, bijak serta menghormati wanita. Bella turut berharap anaknya menjadi seorag yang berguna dan agar dikuatkan imannya.

BACA: Nampak Real, Netizen Kagum Bella Astillah Mampu Menangis Depan Kamera

“Ini sedikit ucapan dari mummy buat Ayden agar jadilah lelaki yang baik, pintar, menghormati perempuan dan melindungi keluarga.

“Kuatkan imanmu anakku dan jadilah seseorang yang berguna dan memberkati orang di sekeliling dalam segala hal. Jadilah anak yang bertanggungjawab, berakhlak dan menjaga maruah,” katanya.

Sementara itu, Bella turut mengatakan menjadi orang yang bijak, kaya dan memiliki rupa paras yang kacak adalah bonud tetapi apa yang penting menjadi orang yang baik.

“Menjadi orang yang pintar dan orang yang kaya, orang yang kacak itu adalah bonus, tapi apa yang jauh lebih penting daripada semua itu ialah Ayden menjadi orang yang baik.

“Mummy akan sentiasa doakan Ayden menjadi orang yang baik, ikhlas dan insya-Allah, pasti ramai yang akan menyayangimu,” katanya.

×