Misha Omar yang sebelum ini pernah menangguhkan perkahwinan beliau pada September 2013 lalu sekali lagi terpaksa mengambil langkah tersebut ekorang pemergian ayah beliau pulang ke rahmatullah baru baru ini.

“Kami perlu masa, kehilangan adalah menyakitkan apatah lagi orang yang penting,” kata Misha Omar memetik laporan Harian Metro, semalam.

Ayah beliau, Omar Ismail meninggal dunia pada usia 75 tahun Sabtu lalu akibat penyakit jantung & kegagalan organ utama berfungsi pada jam 5.30 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pantai Irama, Bachok, Kelantan pada pukul 12.30 tengah hari Sabtu.

“Alhamdulillah jenazah sudah selamat dikebumikan, terima kasih atas ucapan takziah daripada sahabat semua,” tulis Misha Omar di Twitter beliau. (rtky/eka)