fbpx

Awal Ashaari Bengang Dituduh Menunjuk Kaya

Jika kita hidup mahu memuaskan hati orang, sampai bila-bila tidak akan terlaksana impian itu. Begitu jugalah apabila kita terlalu mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang luar yang langsung tidak tahu menahu tentang kehidupan kita.

BACA: Scha al-Yahya, Awal Ashaari Niat Tambah Anak

Bukan pertama kali menerima komen sedemikian, Awal Ashaari sekali lagi nampaknya meluahkan rasa geramnya terhadap satu komen yang mendakwa dirinya menunjukkan kemewahan di Instagram.

Bagi anda yang setia mengikuti perkembangan selebriti Malaysia, ramai saja yang berkongsikan perjalanan hidup seharian di Instagram, sama seperti individu lain di luar sana.

Namun kadang kala mungkin kerana busuk hati atau sakit hati melihat kebahagiaan orang lain, timbul kata-kata mendabik dada dari pengguna laman sosial sendiri.

Dalam kenyataan yang dijawab oleh Awal tersebut, dia menjelaskan bahawa dia bukanlah menunjukkan kemewahan sebaliknya menjalani kehidupan seperti orang lain juga. Apa pun, semoga Awal sentiasa tabah menghadapi dugaan sebegini di lain masa. Tak payah hirau sangatlah orang berkata. (rtky/s)