Usahawan Datuk Lokman Teh meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan wanita seperti isterinya, Datin Atikah Suhaime.

Menerusi perkongsian di Thread, Lokman mendedahkan isterinya tidak pernah meminta duit atau apa saja daripanya termasuk keluarganya serta menyifatkan Atikah seorang wanita yang lurus.

BACA: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Pergi Restoran Mewah & Main Golf

Malah, Lokman berkata disebabkan sifat Atikah itu keluarganya memberi sokongan kepada aktres itu dan bersyukur dikurniakan isteri sepertinya yang mempunyai hati yang suci

“Atikah tak pernah minta saya atau keluarga saya duit, atau benda-benda lain. Dia jenis lurus dan ikhlas sebab itu keluarga saya akan beri sahaja sokongan kepada Atikah.

“Saya rasa tak dapat jumpa wanita seperti ini tapi Alhamdulillah jumpa juga. Tiada siapa pun yang sempurna tetapi hatinya suci,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Lokman yang mempertahankan isterinya serta memuji Atikah sememangnya seorang yang baik. Malah, ramai turut mendoakan rumah tangga pasangan itu berkekalan hingga ke akhir hayat.

×