Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsikan baru berpeluang memandikan anaknya, Lyla Mulan Teh selepas dua bulan menimang cahaya mata sulungnya itu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Atikah berkata hari ini dia belajar cara memandikan anaknya dari pengasuh. Meskipun baru pertama kali, Atikah dilihat tidak kekok memandikan dan menyiapkan anaknya.
BACA: “Atikah Tak Pernah Minta Duit Dari Saya, Dia Jenis Lurus Ikhlas” – Suami
View this post on Instagram
“Pertama kali mandikan Mulan. Hari ini belajar dari pengasuh untuk mandikan Mulan. Dia cakap kena belajar mandikan sendiri sebab air mandi boleh rapatkan kasih ibu dan anak,” katanya.
Sementara itu, Atikah berkata dia banyak belajar dari pengasuhnya bernama Kak Sri lebih-lebih lagi mengenai cara penjagaan bayi. Malah, anaknya juga selesa dengan Kak Sri berbanding orang lain.
“Memang Mulan selesa dengan Kak Sri berbanding orang lain dalam rumah ini. Ini lah pengasuh yang Atikah cemburu hari tu, tapi sekarang dah tak cemburu sebab dia layan Mulan ikhlas,” katanya.