Komen pelakon Datin Atikah Suhaime menjadi perhatian ramai apabila membalas komen netizen berkongsikan tip mencari suami kaya buat pengikutnya.

Menerusi komen di TikTok, seorang netizen berseloroh mahu mencari lelaki kaya dan mahu berbelanja makan sebanyak RM1,000 untuk satu malam.

BACA: Atikah Suhaime & Anak Dapat Barang Kemas Dari Ibu Mentua

@atikahsuhaimeeee

Siapa rindu tengok tika buat Mukbang omakase? Im backkkk. Habis dah pantang. Ini kat Kaze Omakase. enjoyyy! #fyp #mukbang #omakase #finedining #japanesefinedining

? original sound – TikaMe – TikaMe

Berkongsikan dengan netizen, Atikah berkata sebelu ini dia mengumpul duit untuk makan di restoran mahal dan disitulah dia bertemu dengan suaminya, Datuk Lokman Teh.

“Dulu saya berjimat setahun sekali makan dekat restoran macam ini. Dekat tempat macam inilah saya jumpa suami. Cubalah, mana tahu satu hari nanti dapat,” katanya.

Bukan itu saja, Atikah turut berkongsikan selain restoran mahal boleh cuba ke tempat bermain golf sekali sekala.

“Lagi satu tempat main golf. Mahal tapi sekali sekala pergilah saja-saja,” katanya.

Baru-baru ini, Atikah ada berkongsikan dia menikmati makan malam di sebuah restoran Jepun berharga lebih RM800.

SUMBER: Oh Bulan

×