Baru sebulan menimang cahaya mata sulung, pelakon Datin Atikah Suhaime menerima kejutan istimewa daripada ibu mentuanya. Bertuahnya Atikah.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, ibu mentuanya memberikan seutas rantai emas dan turut menyarungkannya dimana ketika itu Atikah sedang mengendong Lyla Mulan Teh.
BACA: Atikah Suhaime Akui Cemburu Anak Lebih Selesa Dengan Pengasuh
@__norainibasre88__ #atikahsuhaime #binafshasweet #norainibasre #norainibasreshop #norainibasreteam #artismalaysia
Turut menjadi perhatian, ibu mentuanya turut menghadiahkan gelang emas buat cucunya yang turut dipakaikan pada tangan Mulan.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan Atikah sangat bertuah disayangi keluarga mentua serta kerana mendapat keluarga yang menerima dirinya.
Malah, ada yang berpendapat Atikah seorang menantu yang baik dan rezekinya mendapat keluarga mentua yang baik.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung, Lyla Mulan Teh pada 8 Mac lalu.