Baru-baru ini tular video di TikTok memaparkan Aslam membuat kejutan buat isterinya yang juga pempengaruh media sosial, Misya Mazlan dengan menghadiahkan jambangan bunga.
Menerusi video dikongsikan, Aslam dan Misya dilihat mesra dan bahagia meluangkan masa bersama.
BACA: “Dari Kau Pakai Sendat, Tak Selera Berlemak” – Misya Dikritik Selekeh, Aslam Pertahan Isteri
Sementara itu, diruangan komen ada netizen mendedahkan Aslam membelikan isteri pertamanya itu gelang tangan berharga hampir RM10,000 pada bulan lalu.
“Pasangan ini datang ke kedai emas bulan lepas. Memang sweet sebab Aslam belikan Umisya gelang tangan hampir RM10k, seller sumpah terharu. Apa-apa pun saya harap mereka bahagia selamanya,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Aslam yang cuba untuk perbetulkan hal dalam rumah tangganya serta mendoakan perkahwinannya dengan Misya berkekalan hingga ke akhir hayat.
