Suami kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Ahmad Aslam berkata dia bercadang mahu berjumpa dengan ibu mentuanya, Abby Abadi untuk memohon maaf.
Memetik Harian Metro, Aslam berkata dia masih mencari masa susuai untuk bersemuka dengan ibu mentuanya itu dah hanya isterinya saja yang sudah bertemu dengan Abby.
BACA: Marissa & Aslam Hadir Ke Mahkamah Untuk Pengesahan Nikah Di Songkhla
“Mengenai permohonan maaf dengan ibu mentua, saya memang mempunyai perancangan. Tetapi, buat masa ini saya masih mencari masa yang sesuai untuk kami berjumpa.
“Apapun selepas saya keluarkan kenyataan tempoh hari, saya dan ibu mentua tidak berjumpa lagi dan hanya Marissa saja yang sudah berjumpa dengan mama,” katanya.
Sementar aitu, Aslam mengakui kesilapannya serta berharap kemelut antara mereka dapat diselesaikan dengan baik dan mahu perbaiki dirinya.
“Harapan saya sudah pasti mahu meredakan segala polemik yang berlaku dalam keluarga kami kerana saya juga mengaku apa yang terjadi ini adalah salah saya.
“Saya juga harap tiada pihak yang mengeruhkan lagi keadaan. Saya juga manusia biasa, ada silap dan sentiasa ingin perbaiki diri serta akan cuba yang terbaik,” katanya.
SUMBER: Harian Metro