Ashraf Muslim Timang Anak Kelima, Pilih Nama Ali Ashraf

Tahniah diucapkan buat pelakon Ashraf Muslim yang selamat menimang cahaya kelima, bayi lelaki pada 10 Mei lalu yang diberi nama Ali Ashraf.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Ashraf di Instagram miliknya meluahkan rasa syukur kepada Allah di atas kelahiran zuriatnya itu, namun tidak dinyatakan bayi itu milik isteri pertama atau keduanya.

BACA: Ashraf Muslim Ingatkan Dua Isteri Jangan Buka Aib Di Media Sosial

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

“Alhamdulillah. Syukur pada Allah swt. Keluarga AM makin bertambah ahlinya. Selamat datang ke dunia, Wahai anakku Ali Ashraf Bin Mohd Ashraf. Lahirnya pada 10 Mei 2025, jam 2.57 pagi,” tulisnya.

Sementara itu, Ashraf turut menyifatkan kehadiran zuriatnya itu membawa sejuta kesyukuran dan selaut harapan buat mereka sekeluarga serta berharap anaknya itu menjadi anak soleh.

“Hadirnya membawa sejuta syukur, selaut harapan. Wahai Ali.. semoga anakanda membesar menjadi anak soleh, penyejuk mata dan hati bagi kami sekeluarga serta membesar dengan iman, akhlak yg terpuji dan keberanian. Terima kasih Allah atas segala-galanya,” tulisnya.

Untuk rekod, Ashraf berkahwin dengan isteri pertamanya Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf kini berusia 10 tahun.

Ashraf kemudian berkahwin dengan Wan Sakinah pada 7 Julai 2013 di Thailand dan dikurniakan tiga orang cahaya mata Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.

×