Ashira Umum Undur Diri Dari Dunia Seni

Perkongsian penyanyi Ashira Aziz menjadi perhatian apabila mengumumkan dia mengundurkan diri dari dunia seni serta mahu meneruskan hidup tanpa perhatian umum.

Menerusi perkongsianya itu, Ashira yang sudah 20 tahun bergelar penyanyi meminta semua pihak menghormati keputusannya itu serta membiarkan kehidupannya bersama anak dan keluarganya.

BACA: Dituduh Gila ‘Jantan’, Ashira Tak Melatah

“Menuju 2023, inilah masanya. 1999-2022 adalah satu perjalanan yang mencabar dalam hidup saya. Mana yang baik saya akan semat dalam lubuh hati yang paling dalam. Saya akan simpan semua kenangan manis di lubuk hati yang paling dalam. Masa untuk menutup buku dari sekarang buat selama-lamanya.

“Tolong hormati keputusan ini. Biarkan saya teruskan kehidupan bersama anak lelaki dan keluarga saya tanpa sebarang perhatian. Saya, Ashira Aziz mengundur diri sebagai public figure. Selamat tinggal kawan-kawan,” tulisnya.

Sementara itu, Ashira turut mengucapkan terima kasih buat peminat yang tidak berhenti menyokongnya serta tidak jika jika ada sesiapa yang tidak mahu lagi mengikuti media sosialnya.

“Terima kasih atas sokongan terutama buat peminat saya dari dahulu sehingga sekarang. Saya mohon maaf tidak dapat meneruskan perjalanan ini.

“Anda boleh saja ‘unfollow’ atau ‘unfriend’ saya (dalam media sosial). Bye-bye dunia tipu-tipu. Ashira Aziz ucapkan selamat tinggal,” tulisnya lagi.

×