Cupertino, 10 Julai (Amanz) — Apple baru-baru ini mencuri perhatian ramai melalui filem terbaru, F1 yang dibintangi Brad Fit. Filem berkenaan ditayangkan di pawagam terlebih dahulu, sebelum akan ditawarkan melalui Apple TV+.

Selari dengan tema berkenaan, kini ia dilaporkan Apple dalam perbincangan untuk mendapatkan hak siaran untuk menyiarkan perlumbaan Formula 1. Berkemungkinan besar, buat fasa awal, hak siaran berkenaan adalah untuk pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Apple sebelum ini sedia menambah siaran beberapa acara sukan melalui Apple TV+, dan ini akan memberikan lebih banyak kandungan kepada pelanggan perkhidmatan penstriman berkenaan. Ini juga akan terus memperluaskan katalog mereka, selain daripada siri-TV dan juga filem.

Pada hari ini, hak siaran F1 dipegang oleh ESPN yang dimiliki Disney.

Sumber: Amanz

×