Anna Jobling Tak Risau Berlakon Dengan Hero Berkahwin

Pelakon Anna Jobling berkata dia tidak bimbang berlakon dengan hero yang sudah berkahwin dan berstatus suami orang kerana tahu menjaga batas pergaulan.

Memetik Harian Metro, Anna berkata dia tiada masalah bergandingan dengan mana-mana pelakon lelaki termasuk yang sudah berkahwin kerana ianya atas dasar kerja.

BACA: Tular Foto Anna Jobling Dicium Artis Indonesia?

“Tak takut (berganding dengan lelaki berkahwin), sebab saya pun dah pernah berlakon dengan suami orang. Saya rasa kalau kita jaga batas (pergaulan) dan kita pun dah ada ‘mindset’ yang kerja itu kerja, ia tak akan terkait dengan peribadi.

“Saya juga seorang yang tidak sesekali membawa masuk urusan kerja dalam kehidupan peribadi. Jadi, untuk itu rasanya tiada masalah,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya kesediaan melakonkan babak bersentuhan dan mesra, Anna berkata dia akan berbincang dengan rakan pelakon terlebih dahulu bersama pengarah.

“Saya rasa selain berbincang sesama sendiri (untuk babak bersentuhan), kami juga akan berbincang dengan pengarah mengenai apa yang selesa dibuat di set (penggambaran) dan apa yang tidak selesa dilakukan.

“Dalam soal ini, kami (pelakon) perlu bekerja secara profesional. Kalau nampak kami mesra dan bergurau pun, hanya di set saja dan ia berlaku di hadapan semua orang yang ada di lokasi itu. Tapi, apabila kamera dah ‘off’ di set, saya biasanya terus buat hal sendiri saja,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

×