Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzokumura berkata dia tidak mahu mencari pengganti dan tidak berniat untuk mendirikan rumah tangga lagi.
Menerusi temu bual bersama Nona, Ridzokumura atau nama sebenarnya Abd Ridzuan berkata baginya arwah Akiko adalah wanita yang membahagiakan dirinya malah dia berdoa untuk tidak mahu berkahwin lagi.
BACA: “Saya Beri Sendiri Kepada Polis” – Ridzokumura Nafi Ubat Isteri Dirampas
“Lelaki lagi susah nak move on. Setiap doa saya, saya berkata, ‘Ya Allah tutuplah nafsu saya dengan manusia, saya tak mahu kahwin lagi.’
“Cukuplah saya dengan arwah Akiko sebab dia adalah perempuan yang membahagiakan saya, dari dia hidup sehinggalah dia meninggal dunia. Saya cuma mahu dia sahaja,” katanya.
Sementara itu, Ridzuan berkata seandainya dia berkahwin lagi seolah dia berlaku curang serta mengenang kembali sepanjang 16 tahun perkahwinan mereka setia antara satu sama lain.
“Misal kata suatu hari nanti saya kahwin lain, itu bermakna saya curang dengan dia. Sepanjang 16 tahun dengan dia, kami tak pernah curang jadi sampai mati pun begitu.
“Saya rela hidup seorang diri daripada kahwin lain. Saya setia pada yang satu sampai akhir hayat,” katanya.
Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.
Sumber: TikTok Nona