Pelakon Zarina Anjoulie mengakui dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang sudah dikenali sejak lebih 10 tahun lalu.
Memetik Harian Metro, Zarina bagaimanapun enggan mendedahkan identiti teman lelakinya itu kerana bimbang jika hubungan mereka putus di tengah jalan.
BACA: “Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya” – Zarina Anjoulie Ditaja Bedah Hidung
“Kalau boleh saya tidak mahu kongsikan identiti dia buat masa ini. Ini kerana andai hubungan kami tidak menjadi, nanti saya juga yang akan dapat malu. Tunggu sampai nak berkahwin nanti, saya akan maklumkan dan memberikan jemputan,” katanya.
Sementara itu, Zarina berkata da lebih selesa bercinta dengan lelaki yang sudah dikenali dan serik untuk mengenali orang baru yang hanya mahu menumpang popularitinya.
“Disebabkan itu saya pilih untuk bersama dengan orang yang pernah saya kenali sebelum ini. Saya juga sudah penat untuk mengenali orang baharu dan memulakan semuanya dari awal.
“Lagi pun lelaki ini adalah bekas kekasih saya dulu. Usia kami sebaya dan hubungan kami putus sekitar 12 tahun sebelum berkawan (bercinta) semula,” katanya.
Dalam pada itu, Zarina berkata kekasihnya sering menasihati untuk menjaga kelakuan serta kata-kata dan bersikap lebih matang.
“Dia bimbang sekiranya ada perbuatan atau kata-kata saya mungkin akan mengguriskan perasaan orang lain atau membuat mereka berkecil hati. Pelbagai lagi nasihat yang dia berikan kepada saya.
“Saya memang boleh bertolak ansur dengan lelaki sekiranya dia seorang yang baik. Jadi apabila kita ingin menghargai orang itu, bagi saya kita perlu saling menghormati. Jika dia ingin saya hormat dia, dia juga perlu hormat pada saya?,” katanya.
SUMBER: Harian Metro