Anak tiri kepada pelakon Miera Liyana iaitu Nur Izzah berkata bapanya iaitu Rosland Othman masih menyekat nombor telefonnya sejak Februari lalu.
Memetik mStar Online, Izzah berkata dia tidak terasa hati dengan tindakan bapanya itu yang bertindak menyekatnya sehingga sekarang.
“Dia rasa defensif dengan kata-kata saya sebab apa yang saya cakap itu perkara betul dan apa yang dia buat itu salah.
“Masa itu dia ambil adik saya Anisa tanpa pengetahuan mak saya jadi bila saya cakap benda fakta kemudian dia defensif dan sebab itu dia block saya. Saya tak tergores hati pun tentang dia block saya,” katanya.
Dalam pada itu, Izzah juga berkongsikan kereta jenama Mini Cooper pemberian Rosland sudah diambil semula dan dia sudah menjangkakan bapanya akan melakukan tidakan tersebut.
“Kereta itu telah ditarik daripada saya…saya tak terkejut sebab sudah boleh agak dia (Rosland) akan buat benda tu. Sebelum dia tarik kereta saya, dia sudah tarik kereta mak saya. Saya tak tahu apa motif dia tapi mugkin itu cara dia nak menghukum kami, tapi saya okay je,” katanya.
Sementara itu, Izzah yang menjadi saksi dalam kes nusyuz Rosland merasakan ibunya tidak pernah keluar tanpa pengetahuan suami.
Menurut Izzah, ibunya sentiasa akan memberitahu tujuan keluar rumah dan pernah mengajak bapanya untuk ikut bercuti tetapi Rosland sentiasa memberikan alasan sibuk dengan kerja.