Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsikan sebab mengapa dia menamatkan zaman bujang pada usia lewat dan lambat berkahwin.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Atikah dilihat ada memuat naik hantaran buat suaminya, Datuk Lukman Teh sempena hari bapa.
BACA: Atikah Suhaime Pertama Kali Beli Beg ‘Local Brand’, Tak Sangka Setanding Jenama Antabangsa
View this post on Instagram
Atikah berkata anak tidak boleh memilih siapa bapa mereka namun sebagai wanita mereka boleh memilih lelaki yang akan menjadi bapa terbaik buat anak mereka kelak.
“Ada sebab kenapa saya kahwin lambat. Anak tidak boleh memilih siapa untuk jadi bapanya, tetapi awak (wanita) boleh pilih siapa yang boleh jadi bapa terbaik untuk anak,” katanya.
Sementara itu, Atikah turut menyifatkan dirinya bertuah kerana dikurniakan suami yang juga seorang bapa penyayang dan mahukan yang terbaik buat anak mereka.
“Semoga Mulan menjadi anak yang pintar dan kaya raya seperti bapanya,” tulisnya.