Anak Sulung Ina Naim Menangis Sebak Lihat Ibu Nikah

Umum mengetahui, penyanyi Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul pagi tadi selepas setahun bergelar ibu tunggal kepada empat cahaya mata.

Menerusi satu video yang dikongsikan semula di TikTok, anak sulung kepada penyanyi itu iaitu Ehmad Hadie Elfardie dilihat tidak dapat menahan sebak melihat ibunya bernikah.

BACA: Suami Datang Lamar Bawa ‘Resume’, Banyak Persamaan Dengan Arwah Suhaimi Saad

@dhiyaaziella

Replying to @dhiyaaziella #nikah #inanaim #inanaimkahwin #fyp #suamibaruinanaim #selamatpengantinbaru

? original sound – Dhiya Aziella | BeautyHacks – Dhiya Aziella | BeautyHacks

Ketika majlis berlangsung, Hadie yang duduk disebelah bapa tirinya itu dilihat beberapa kali mengesat air mata ketika doa dibacakan selepas ibunya sah bergelar isteri.

Ina yang duduk di pelamin juga tidak dapat menahan sebak apabila beberapa kali dilihat mengelap air mata serta ditenangkan individu disebelahnya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat remaja berusia 16 tahun itu menangis serta mendoakan kebahagian Ina sekeluarga.

SUMBER: TiKTok, mStar Online

×