Baru berusia lapan tahun, anak kepada pelakon Bella Astillah iaitu Ayden Adrean menyertai perlumbaan International Multisport Coastal Fest di Desaru, semalam.
Difahamkan, Ayden bertanding dalam kategori Super Sprint dan perlu berenang sejauh 300 meter, berbasikal 10 kilometer dan berlari sejauh 2 kilometer.
BACA: Anak Bella Astillah ‘Approved’ Syed Saddiq
Meskipun berdepan detik cemas apabila kehilangan pelampung keselamatannya ketika berenang, namun Ayden tidak putus asa untuk kembali ke pantai sebelum meneruskan perlumbaan dengan kebenaran penganjur.
Ayden berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 47 minit 36 saat untuk berbasikal 10 KM dan 17 minit 7 saat untuk larian 2 KM.
“Saya sangat penat masa berbasikal, tetapi saya tak pernah putus asa. Ini pertandingan terbaik pernah saya cuba,” katanya.

Turut menjadi perhatian, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq turut menyertai 113 Triathlon memalui berenang 2.25km, berbasikal 90km, berlari 21km dengan masa 6 jam 14 minit 27 saat.
Sumber: BH Online