Pengarah terkenal, Syafiq Yusof berkata dia tidak kisah anak-anaknya menceburkan diri dalam bidang pekerjaan asalnya ianya kerja yang bagus.
Memetik temu bual bersama Hlive, Syafiq berkata dia juga tidak memberi galakan anak-anaknya ceburkan diri dalam bidang perfileman sepertinya.
BACA: Syafiq Yusof Rancang Jumpa Kakak Ipar Baru
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Syafiq berkata jika anaknya berminat dia akan beritahu bahawa bidang filem bukanlah seindah yang dilhat sebaliknya ada cabaran dan kesusahan perlu dilalui.
“Sejujurnya saya tak paksa anak-anak nak kerja apa-apa asalkan kerja itu bagus. Saya sebenarnya tak adalah beri galakan anak-anak untuk ke filem.
“Anak-anak saya kecil lagi, tapi jika mereka minat pada filem pertama sekali saya akan beritahu tentang cabaran, dugaan dan kesusahan buat filem ini tak seindah apa yang mereka nampak,” katanya.
Sementara itu, Syafiq berkongsikan apabila ditanya mengenai cita-cita, anak-anaknya memberitahu mahu menjadi seorang ustazah serta menyokong cita-cita anaknya itu.
“So far saya tanya cita-cita nak jadi apa, nak jadi ustazah, kalau nak jadi ustazah Alhamdulillah baguslah. Sebab kalau dia nak jadi pengarah filem peranannya jauh lebih sukar, tapi saya tak paksa anak-anak nak capai cita-cita,” katanya.