“Anak-Anak Itu Tetap Berbinkan Saya…Sampai Mati Mereka Anak Saya”

Pelakon Hafidz Roshdi menafikan dakwaan netizen yang menyifatkan dia seorang bapa tidak bertanggungjawab terhadap dua anaknya Humairah dan Umar yang kini berada di bawah jagaan bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Memetik Utusan Online, Hafidz berkata kedua-dua anaknya itu tetap darah dagingnya dan dia bertangungjawab menjaga keperluan mereka sebagai bapa.

BACA: Hafidz Roshdi Lepas & Bebas Kes Pukul Bekas Isteri

“Anak-anak itu tetap berbinkan saya sebagai bapa mereka. Anak-anak tetap tanggungjawab saya. Sampai mati pun mereka adalah anak saya. Tak kisahlah orang nak cakap saya tak pedulikan anak-anak atau apa yang penting, saya dah buat sehabis baik. 

“Saya yang failkan hadanah, saya yang pergi ke mahkamah dan hadir setiap kali nak perjuangkan hak lawatan untuk jumpa anak-anak. Bagi saya orang yang bercakap itu harus berfikirlah. Sebab anak-anak itu tanggungjawab saya,”katanya.

Sementara itu, Hafidz berkata kasih sayang terhadap dua anaknya itu tidak pernah padam dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa, namun biarlah hanya dirinya sahaja yang tahu.

“Saya tahu diri saya, tak pernah saya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Daripada mereka kecil sampai sekarang, saya balik dari kerja di set penggambaran atau apa, saya mesti nak luangkan masa dengan mereka.

“Saya cuba lapangkan masa untuk bawa mereka berjalan, pendek kata sejak mereka lahir, saya jalankan tanggungjawab sebagai bapa sehabis baik.

“Jadi kalau orang nak kata saya tak bertanggungjawab, tak apalah. Saya sahaja yang tahu diri saya. Saya tahu kedudukan dan pendirian saya,”katanya.

SUMBER: Utusan Online

×