Anak Aliff Syukri Cita-Cita Jadi Ahli Politik, Nak Daftar Jadi Ahli UMNO

Usahawan Datin Seri Nur Shahida berkata anak sulungnya, Ammar Ahyan pernah menyatakan minat untuk menjadi ahli politik.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shahida berkata anaknya itu pernah memberitahu mahu mendaftar menjadi ahli parti UMNO selepas tamat persekolahan.

BACA: Shahida Nafi Aliff Syukri Berkawan Baik Dengan Rebecca

Menurut Shahida lagi, setiap anak-anaknya memiliko personaliti berbeza dan menyifatkan anak sulungnya itu mempunyai pandangan yang jelas.

“Ammar sayang anak bangsa, memang cita-cita dia nak jadi ahli politik. Dia pernah kata selepas habis sekolah dia akan daftar menjadi ahli UMNO.

“Dia ada hala tuju dan pandangan yang jelas. Setiap anak lain-lain perangai. Tapi tak tahulah kenapa dia pilih UMNO, tak faham,” katanya.

Sementara itu, Shahida berkata dia dan suami  jarang bercakap mengenai hal politik di rumah dan tidak sangka anak mereka minat ke arah itu, namun sebagai ibu dia menyokong minat anaknya.

“Saya dan suami dua-dua tak minat politik tapi tak tahu kenapa anak terjebak. Sampai kadang terfikir aku bersalin dekat hospital tertukar anak ke? Lain sangat perwatakan.

“Saya tak pernah ajar anak saya. Kita memang berbeza pendapat tapi tak pernah cerita hal politik di rumah.

“Jika itu pilihan dia okaylah. Dia sudah lebih besar dan bijak. Sebagai emak saya sokong sahaja,” katanya.

×