fbpx

Amy Search Sahkan Diri Kini Muflis, Kawan Khianat

Amy Search akhirnya membuka mulut tentang isu muflis yang pernah menjadi perhatian ramai sebelum ini dan lagenda rock Malaysia ini mengakui yang dirinya muflis kerana perbuatan khianat kawan sendiri & akan membawa kes ini ke mahkamah.

BACA: Amy Search Diisytihar Muflis?

“Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan”

“Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana saya akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya,” jelas Amy Search.

Amy Search di’khabarkan telah gagal untuk membayar sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009 dan ianya telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan beliau diisytihar sebagai muflis. (rtky/m)

UPDATE-1: Amy Search melalui Facebook beliau semalam menulis tentang kisah di’sebalik isu muflis beliau dan bagaimana rakannya menipu beliau ketika konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009 yang lalu.