Penyanyi Amira Othman berkata dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki yang berstatus duda.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Amira bagaimanapun menafikan spekulasi sedang menjalin hubungan istimewa dengan aktor Fattah Amin seperti hangat diperkatakan.
BACA: Amira Othman Akui Masih Single, Mahu Lelaki Berjambang
Menurut Amira, hubungannya dengan Fattah tidak lebih sekadar rakan sekerja dan tiada hubungan istimewa serta mengakui Fattah seorang yang sangat baik.
“Fattah adalah rakan kerja, kami berjumpa atas dasar kerja. Mana yang baik kita aminkan. Kalau tanya komen soal hubungan istimewa, memang tak ada. Kami kawan dan atas dasar kerja terjumpa di Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Tiada apa-apa yang boleh diulas, cuma Fattah orang yang sangat baik. Tapi, saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana tidak manis sebagai seorang wanita,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya adakah dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki berstatus duda, Amira berkata dia tidak kisah asalkan bukan suami orang.
“Sejujurnya, saya tak terfikir soal status, bujang atau duda tak jadi masalah, asalkan bukan suami orang. Tapi, saya tak berani nak cakap lebih-lebih kerana tidak tahu apa yang baik untuk saya,” katanya.
SUMBER: BH Online