fbpx

Ameng Spring Vokalis Kumpulan Rock Yang Ditahan Miliki Ganja & Syabu?

Oleh kerana kami dalam mood bercuti & bersuka ria bersama keluarga, maka kami jadi pemalas.

Segala teks yang nampak sempurna di’bawah kami copy pasta dari Berita Harian tanpa segan silu.

Walaupun laporan rasmi akhbar tidak menulis nama penyanyi kumpulan rock ini, namun sumber & gambar yang menemani artikel seperti ia’nya Ameng Spring.

Seorang vokalis kumpulan rock terkenal tanah air ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini atas dakwaan memiliki dadah jenis ganja dan syabu di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya, dekat sini, jam 5.20 petang semalam.

Beliau yang berusia 42 tahun ditahan reman bersama isterinya yang berusia 41 tahun, mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a), akta sama.

Mengikut fakta, pasangan ini ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Melaka Raya 3, dalam satu serbuan yang dilakukan sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, susulan makluman awam.

Hasil serbuan itu, polis menemui 122 gram ganja dan satu gram syabu.

Turut bersama pasangan ini adalah seorang anak lelaki mereka berusia empat tahun.

Terima kasih atas tips dari SelebriTweets & kredit artikel dan gambar buat Berita Harian Online. Ada tips? E-mail atau Twitter kami, @rotikaya.