Amelia Henderson Nak Masuk Miss Universe Malaysia, Takkan Pakai Bikini

Pelakon Amelia Henderson mahu mencuba nasib untuk menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2023.

Memetik Harian Metro, Amelia berkata tahun ini adalah peluang terakhir jika dia berhasrat untuk menyertai pertandingan itu kerana had umur.

BACA: Amelia Henderson Benci Digelar Janda

“Saya memang nak sertai dan sedang mempertimbangkan sama ada nak masuk atau tak. Kalau betul saya masuk, alangkah baik kalau dapat sokongan anda.

“Saya tak rasa ingin bersaing. Untuk bertanding dengan wanita lain, saya ragu-ragu tapi nak sebenarnya. Kalau saya tak masuk tahun ini, sudah tak ada ruang untuk bertanding,” katanya.

Dalam pada itu, Amelia turut meluahkan rasa lega kerana segmen berbikini dalam pertandingan itu sudah tidak diwajibkan dan dia tidak akan berbikini di atas pentas.

“Saya bukan seorang yang selesa memperagakan bikini atas pentas. Saya tak rasa saya sanggup lakukan itu sampai bila-bila. Tapi sekarang, pengurusan mereka pun sudah bertukar tangan,” katanya.

×