Pelakon Intan Najuwa tidak hanya berdiam diri apabila ada netizen meninggalkan komen seolah menyindiri mengenai saiz pakaiannya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan ada berkongsikan mengenai barangan yang akan dibawa ke hospital apabila melahirkan cahaya matanya kelak.
BACA: Intan Najuwa Tak Pernah Berharap Dapat Lelaki Sempurna
Bagaimanapun, ada netizen yang seolah kurang senang dengan aiz ‘bathrobe’ (jubah mandi) milik Intan bersaiz XXS.
Membalas kenyataan netizen itu, Intan berkata ‘bathrobe’ mempunyai potongan yang besar dan disebabkan itu dia memilih saiz yang lebih kecil.
“Amboi mulut kau. Tak payah yakin pun, itu nama dia ‘robe’, jadi memang saiz ‘robe’ saya masa tengah mengandung ni pun pakai XS atau S.
Potongan ‘bath robe’ memang besar sebab saya tak adalah gabak mana pun. Kalau ambil M atau L jadi jubah bukan ‘robe’. Sekian terima kasih,” katanya.