Agak jarang melihat Amar Baharin di kaca televisyen sekarang berbanding isteri, Amyra Rosli yang ligat kembali berlakon selepas berkahwin. Namun Amar menidakkan dakwaan beliau menumpang populariti isterinya.
BACA: Amar Baharin, Amyra Rosli Elak Berlakon Bersama
“Selepas berkahwin, kami meneruskan karier masing-masing. Cuma apabila ada sokongan daripada isteri dan ada anak (Aqeef Anaqi), populariti semakin kuat dan kukuh. Kalau seorang, populariti saya nampak terkontang-kanting begitu saja”
“Sekarang saya lebih mengutamakan cerita berkenaan keluarga kerana peminat lebih sukakan cara ini. Mereka nak tahu pasal keluarga dan tak ambil peduli apa yang saya lakukan secara sendirian,” jelasnya.
Jelas Amar, soal menumpang tidak timbul kerana mereka memang dari dulu mempunyai karier masing-masing, walaupun sebelum mereka berjumpa. Biasalah perjalanan karier tidak sama untuk semua orang, yang penting rezeki tetap ada.
Selain itu Amar juga turut berkongsi bakal kembali ke set pengambaran tidak lama lagi, yang akan bergandingan dengan Izara Aishah. Murah rezeki pasangan ini sejak menimang cahaya mata! (rtky/w)