Nampaknya kes perceraian pelawak Along Cham dan isterinya, Afreena Suhaimi masih belum selesai apabila kes pengesahan lafaz taklik ditangguhkan ke tarikh lain.
Memetik mStar Online, Along mendakwa Afreena jadi punca kes perceraian mereka berpanjang apabila berbohong mengenai lafaz rujuk yang dibuat pada Jun tahun lalu.
BACA: Along Cham Tersilap Isi Borang, Hakim Arah Lantik Peguam
“Sebelum ini dia beritahu nak percepatkan kes tapi apa yang berlaku dia pula tak mengaku (lafaz rujuk) dan kes jadi semakin panjang.
“Dia tahu apa yang dia dah buat..Sepatutnya mengaku sajalah semuanya boleh selesai hari ini. Disebabkan dia tak mengaku rujuk, kes terpaksa dibicarakan lagi dan iru buat saya rasa kesal.
“Selepas rujuk dia menipu lagi, mana tak naik darah saya? Sebab itulah lafaz taklik berlaku dan itu pun dia tak nak mengaku sampai sekarang,” katanya.
Sementara itu, Along berkata dia mahu hal rumah tangganya selesai segera kerana tidak mahu timbul spekulasi sehingga dia menjadi mangsa kecaman netizen.
“Banyak perkara dia cuba manipulasi. Saya masih berpegang kami suami isteri yang sah. Kalau saya betul-betul zalim, banyak tindakah saya dah boleh ambil,” katanya.
SUMBER: mStar Online