fbpx

Aliff Syukri Sahkan Isteri Hamil Tiga Bulan

Mengimpikan mempunyai ahli keluarga yang ramai, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan berita isterinya yang sedang hamil tiga bulan. Baru sahaja juga mengambil anak angkat baru-baru ini, Aliff menganggap kehamilan itu sebagai rezeki dari anak-anak angkatnya.

BACA: Kerugian Lebih RM100,000, Aliff Syukri Dikecam

“Alhamdulillah, isteri saya kini mengandung tiga bulan. Saya memang dah lama impikan anak ramai. Tak sangka selepas ambil dua anak angkat, Ameena dan Qayyum, isteri saya disahkan hamil,” katanya kepada m Star Online.

Menurut Aliff, beliau dan isteri, Datin Seri Nur Shahida sememangnya sukakan keluarga besar dan rezeki kehamilan ini betul-betul mengejutkan mereka kerana baru sahaja mengambil dua orang anak angkat baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, Aliff dan isteri mempunyai tiga orang anak angkat hasil perkahwinan selama 10 tahun, diikuti dengan dua orang anak angkat yang diambil. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini, semoga rezeki semakin mencurah-curah dengan kehadiran bayi baru nanti. (rtky/w)