Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida berkata mereka tiada niat riak mahupun bangga diri apabila berkongsikan membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Menerusi perkongsian di Instagram, Shahida berkata perkongsian itu bertujuan untuk dijadikan pemangkin serta memberi semangat kepada pihak di luar sana untuk memberi zakat kepada golongan memerlukan.
BACA: Usaha Keras Setiap Hari Live, Aliff Syukri Hadiahkan Isteri Mercedes-Benz RM400,000
View this post on Instagram
“Bukan niat nak meriak atau bangga diri. Tetapi sesungguhnya ia bertujuan sebagai pemangkin atau memberi semangat kepada individu atau Syarikat
“…yang mempunyai lebihan pendapatan untuk sama sama memberi zakat buat mereka yang sangat sangat memerlukan. Ingat keberkatan setiap sen yang mengalir itu sangat mustahak,” tulisnya.
Tambah Shahida lagi, mereka juga berharap dengan apa yang disumbangkan itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Aliff meluahkan rasa syukur dapat melunaskan tanggungjawab dengan membayar zakat serta berdoa agar perniagananya semakin maju agar dapat memberikan lebih lagi kepada pihak zakat.