Baru-baru ini, akaun konten makanan popular, klfoodie ada memuat naik perkongsian mengenai usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menjual durian dengan harga hanya RM8 sekilogram.
Menerusi perkongsian itu, usahawan tersebut mengadakan jualan durian pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 12 tengah hari sehingga durian habis di kawasan pejabatnya, di Kota Damansara.
BACA: Aliff Syukri Pesan Pekerja Angkat Call Majikan Walau Cuti, Selepas Waktu Kerja
View this post on Instagram
Bukan hanya durian kampung, turut dijual durian Musang King pada harga harga RM28 sekilo dan Blackthorn berharga RM30 sekilo.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang memuji sikap pemurah usahawan berkenaan meskipun sering menimbulkan kontroversi.
Malah, ada yang mengatakan Aliff banyak memberi kepada masyarakat dan sering berjasa dengan bersedekah meskipun ibunya sendiri tidak faham dengan perangainya.