fbpx

Aliff Syukri Dihalau Pemuzik Jalanan Di London

Ke mana sahaja, Datuk Seri Aliff Syukri pergi, dalam mahupun luar negara, pasti ada sahaja kontroversi tercetus. Terbaru Aliff dihalau pemuzik jalanan apabila secara tiba-tiba mencelah dan menyanyikan lagu Abang Nak Tegur di London.

BACA: “Aliff Syukri Baik Hati, Tak Kutuk Orang Sesuka Hati”

Selain tempo yang tidak selari dengan nyanyian, Aliff juga mengundang rasa tidak senang pemuda Inggeris itu yang sedang bermain muzik di tepi jalan untuk mencari rezeki hingga beliau meminta Aliff pergi dari situ.

Tidak pasti apa yang dikatakan pemuda itu, namun selepas itu Aliff segera berlalu pergi sambil beritahu dirinya dihalau dan berasa malu. Pastinya hal ini mengundang kemarah rakyat Malaysia yang malu dengan perangai Aliff.

Mungkin inilah yang dikatakan ‘Money can’t buy class‘. Walau mempunyai duit menggunung sekalipun, tetapi tidak beradab apa lagi di negara orang memang tidak disukai. Apapun jadikanlah pengajaran supaya tidak sesuka hati mencelah. (rtky/w)