fbpx

Aliff Syukri Berang Pembantu Rumah Curi Barang

Apa tindakan anda jika dapat tangkap pencuri? Jika zaman dulu mungkinlah boleh cakap kita akan tangkap dan serah pada polis tapi berbeza sudah zaman sekarang. Bagi jutawan kosmetik Aliff Syukri, dia Live terus di Facebook.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah kerana Aliff telah menyatakan sekali harga setiap barang yang dicuri oleh pembantu rumahnya itu. Perkara tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dan ada yang berpendapat bahawa dia sengaja mahu menunjukkan kemewahan. Apa sebelum ini dia tak tunjuk ke?

Ternyata berang dengan perkara tersebut, apakah kesudahan drama kes mencuri tersebut tidaklah diketahui kerana video putus ketika pembantu rumah berkenaan sedang merayu agar tidak dibawa ke balai polis.

Sepanjang durasi video hampir 9 minit tersebut, hampir 10,000 ribu warga sosial telah meninggalkan komen masing masing dan sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan turut dikongsi lebih 6,000 kali. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik. (rtky/s)