Aliff Aziz Dan Bella Astilah Rancang Bertunang Disember

Setelah diburu kontroversi dengan gambar mesra baru-baru ini, Aliff Aziz dan Bella Astillah kini merancang untuk bertunang pada penghujung tahun malah ini kerana mahu memberi laluan terhadap kerjaya terlebih dahulu.

BACA: Aliff Aziz Minta Maaf Kontroversi Gambar Mesra Dengan Kekasih

“Saya mengenali Bella sudah hampir tiga tahun. Tetapi saya hanya mulai rapat dengan Bella pada akhir tahun lalu, selepas kami bejumpa di sebuah acara. Dari situ, saya mulai berkawan dan rapat. Mengenali dirinya, Bella merupakan seorang gadis yang sangat baik dan memahami saya”

“Dia juga tidak gagal memberi sokongan buat saya. Dalam masa terdekat, saya mahu fokus kepada promosi album terbaru saya. Bella pula masih lagi belajar dan pengajiannya bakal tamat pada April tahun hadapan. Insya-Allah jika jodoh kami panjang, kami merencana untuk bertunang pada bulan Disember ini,” katanya kepada Murai.

Selain itu, Aliff pun mahu melupakan kisah silamnya selain berusaha untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan berubah sedikit demi sedikit. Tambah Aliff, dia berubah dengan ikhlas dan perubahan itu adalah kerana dirinya sendiri. (rtky/s)

×