Hari ini, balu arwah Abam Bocey iaitu Nor Hidayah berkunjung ke rumah peninggalan suaminya bersama peguam namun pintu tidak dibuka.

Selepas perkongsian Hidayah itu, giliran Ali Puteh pula tampil bersuara. Menurut Ali, selepas arwah ibunya, Sabariah Arshad, meninggal dunia, dia dan keluarga tidak tinggal di rumah tersebut.

BACA: Hidayah Sedih Tak Dibenarkan Masuk, Rumah Arwah Abam Dipenuhi semak

“Saya bukan nak menyebarkan aib orang, tak baik. Ini rumah arwah Abam. Saya tidak tinggal di sini selepas ibu saya meninggal dunia.

“Apa saya dapat tahu dari abang ipar dan adik, pagi tadi balu dan peguam datang ke sini. Abang ipar saya nampak dan bagitahu saya tetapi tak tahu apa motif,” katanya.

Ali juga mendakwa menjumpai taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung di luar pagar rumah.

“Apa saya nampak adalah taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau. Allah tak pernah ajar benda-benda macam ini. Tabur keliling rumah arwah. Saya tak takut benda ini. Kalau kata saya mati sebab ini, saya reda. Apa ini? Islam tak pernah ajar!

“Paling terperanjat adalah jumpa bangkai mengkarung. Apa motif awak? Awak tahu rumah ini adik saya yang jagakan.  Dia ada anak kecil. Saya bukan nak buat video fitnah.

“Saya tutup mulut dan jaga aib selama tiga tahun. Apa awak cuba buat dengan ilmu-ilmu khurafat? Sedih saya,” katanya.

Kata Ali lagi, dia juga mempunyai bukti namun tidak mahu berkongsikan serta mendeahkan jumpa barang pelik di bilik abangnya selepas arwah Abam meninggal dunia.

“Ini bukti yang jelas kita dapat, sebelum ni ada je bukti saya taknak cerita. Lepas arwah meninggal bilik dia kita kemas lagi pelik barang kita jumpa dalam bilik awak. Tapi kita tutup mulut. Cukuplah abang saya menderita benda ni,” katanya.

Dalam pada itu, Ali memaklumkan dia sudah berbincang dengan peguam dan akan membuat bayaran RM60,000 secara ansuran.

“Kes mahkamah dah selesai dan saya kalah. Saya okey. Saya akan buat bayaran secara ansuran cuma menunggu jawapan,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan video dikongsikan di Instagram miliknya itu telah pun dipadam selepas beberapa minit ianya dimuat naik.

×