Ramai yang mengagumi melihat persembahan penyanyi Hafiz Suip membawakan lagu Teruskan Bersinar di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) malam tadi pada awalnya.
Namun, ada dikalangan peminat yang berkongsi rasa kecewa apabila mengatakan persembahan Hafiz kedengaran sedikit terkucil pada penghujung lagu.
BACA: Kononnya Nak Cari Ketenangan, Hafiz Suip Menyesal Padam Instagram
Susulan itu, ada yang mengatakan harapan mereka untuk melihat Hafiz memenangi Anugerah Vokal Terbaik pada malam semalam punah, namun tetap memberikan semangat bahawa penyanyi itu sudah pun melakukan yang terbaik.
“Rasanya tak dapat bawa balik trofi Anugerah Vokal Terbaik sebab terkucil bahagian terakhir tu sebab gagal kawal emosi,” kata netizen
“Ala, awal sedap sangat dah. Akhir-akhir pula terkucil. Sabar Hafiz,” komen seorang lagi netizen.
“Permulaan dah sangat baik, kecewa pula dengar yang penghujung tu. Tak apa Hafiz anda sudah buat yang terbaik,” komen netizen lagi.
Semalam, penyanyi Ernie Zakri dinobat sebagai Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-39 menewaskan Aina Abdul yang memegang takhta tersebut tiga tahun berturut-turut.
SUMBER: Kosmo