Berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan Stacy baru-baru ini seperti tidak meletakkan harapan tinggi terhadap hubungan mereka, Akim Ahmad beranggapan bahawa ia sesuatu yang normal bagi seseorang wanita apabila memberi komen tentang percintaan.
BACA: Akim Ahmad: Anak Stacy Bukan Penghalang Cinta Kami
“Hubungan kami masih lagi baik dan saya tahu mengenai kenyataan yang dibuatnya (Stacy). Biasalah perempuan, takkan nak cakap lebih-lebih tentang hal cinta yang belum pasti. Tak manis pula jadinya”
“Sebagai manusia biasa, saya telah pun mendedahkan hubungan cinta antara kami sebelum ini. Dan jika dia beri kenyataan sebegitu, tidak salah. Memang kami belum sedia untuk berkahwin buat masa ini,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.
Selain itu, Akim juga menjelaskan bahawa perbezaan agama tidak pernah menghalang mereka untuk menjalinkan hubungan cinta malah kedua-dua belah keluarga terbuka dengan perhubungan tersebut.
“Mungkin perkara itu (kahwin) perlu mengambil sedikit masa. Saya pun tak boleh nak cakap perkara ini lebih-lebih. Biarlah takdir jodoh menentukan,” ujarnya yang bakal terlibat bersama Stacy dalam satu projek nyanyian bersama tidak lama lagi. (rtky/s)