Penyanyi Akim Ahmad mendedahkan dia sudah setahun berhenti merokok selepas bapanya ddiagnos hidap barah paru-paru pada tahun 2022.

Memetik Oh Bulan, Akim berkata perkara itu juga merupakan ’turning point’ buatnya dan adik-beradik lelaki yang lain berhenti gaya hidup tidak sihat itu.

BACA: Akim Ahmad Dedah Selalu Dapat Mesej Lucah

“Ada sebab kenapa saya berhenti merokok, tiga tahun lepas ayah saya di diagnos kanser paru-paru. Jadi itu merupakan ‘turning point’ untuk saya dan adik-beradik lelaki lain berhenti merokok. Saya ambil pendekatan mengubah gaya hidup ke arah yang lebih baik dan sihat. 

“Ayah saya juga sudah berhenti sejak tiga tahun lalu dan kesihatannya menunjukkan perkembangan baik. Saya sudah setahun berhenti,” katanya.

Sementara itu, Akim berkata sudah setahun dia berhenti merokok membuatkan staminanya bertambah baik sekaligus membantu dari segi nyanyian.

Dalam pada itu, Akim mengakui pada awalnya sukar apatah lagi dia merupakan seorang perokok tegar kerana sudah terjebak dalam gejala itu ketika di bangku sekolah lagi.

“Sangat susah pada awalnya untuk berhenti, kerana saya seorang perokok tegar. Saya sehari boleh habiskan sekotak. Saya selalu tanya kepada diri sendiri, perlukah berhenti terus atau macam mana. Saya sendiri berperang dengan mental saya,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan

×