Ajai Jemput Thalita Buat Persembahan Di Singapura

Selepas menjadi perhatian ramai apabila mengadakan persembahan di Bukit Bintang baru-baru ini, anak kepada pelawak Shuib iaitu Talita bakal membuat persembahan di pentas besar.

Menerusi video dikongsikan Shuib, Talita dilihat terkejut apabial diberi tawaran sendiri oleh penyanyi dan komposer Ajai.

BACA: “Orang Tak Suka Daddy, Saya Nyanyi Sebab Nak Buat Orang Suka Balik Daddy” – Thalita

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Awak dijemput untuk berada dan menyanyi lagi dalam Konsert Ajai di Singapura. Haritu show paling murah, tapi kali ini show paling mahal.

“Awak dalam salah satu nama artis yang akan buat persembahan sekali pada hari konsert tersebut,” katanya.

Difahamkan, Talita diberi tawaran untuk menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friend di Singapura pada 10 Mei nanti.

“Dari show paling murah ke show paling mahal. Tahniah Talita. Daddy bangga. Terima kasih abang Ajai. Kita sama-sama doakan Talita okey,” tulis Shuib.

Dalam pada itu, Talita dilihat seakan tidak percaya namun mengatakan tidak takut untuk membuat persembahan serta mengucapkan terima kasih kepada Ajai.

×