Aisyah Aziz Nikahi Abang Kepada PU Riz

Penyanyi Aisyah Aziz selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail hari ini di Singapura.

Memetik Harian Metro, suami Aisyah itu juga merupakan abang kepada pendakwah selebriti iaitu Haris Ismail atau PU Riz.

BACA: Aisyah Aziz ‘Dating’ Bawa Ibu Bapa Sekali

Berita gembira pernikahan pasangan itu dikongsikan oleh media sosial rasmi stesen radio Singapura, Warna 942.

Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu bakal diadakan malam ini secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Terdahulu, Aisyah berkata ketika pertemuan pertama dengan suaminya itu tiada langsung bibit cinta namun dia terpikat kerana pegangan agama serta sikap hormat lelaki berkenaan.

Malah, Aisyah berkata dia mengambil masa kira-kira tiga bulan sebelum membawa hubungan ke fasa serius dan pertemuan pertama mereka turut ditemani ibu bapanya.

SUMBER: Harian Metro

×